Motivasi Al-Quran (MAQ)

Inginkan anak-anak yang mendengar kata?

Inginkan anak-anak yang bersih hatinya dan mendapat kejayaan dunia akhirat?

Inginkan anak-anak yang terisi masa cutinya dengan ilmu-ilmu bermanfaat serta aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan?

Bila jawapannya YA, saya sangat mencadangkan Tuan Puan mendaftarkan anak-anak di MOTIVASI AL-QURAN (MAQ 2011).

Sebagai trainer yang telah terlibat selamat 3 tahun berturut-turut, saya dapati program ini telah memberi banyak manfaat kepada anak-anak dan ibubapa yang terlibat sama.

Yang jelas, pengisian utamanya ialah Al-Quran. Ia mukjizat yang mampu melembutkan hati anak-anak tersayang..

Saya bukanlah penganjur program. Namun alhamdulillah telah diberi ruang oleh Infitah Training untuk menawarkan diskaun kepada rakan-rakan dan kenalan yang berminat. Gunakan kod ini (20110016) untuk mendapatkan harga diskaun. Moga bermanfaat..

Please share. Sharing is caring :)

Zuhairi Mohd Nopiah
Professional Trainer & Coach
ATTRACT!ve Learning & Consultancy

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Motivasi Al-Quran (MAQ)”

  1. KAK RUHAYAH BINTI ABU BAKAR says:

    Assalamu’alaikum wm wb

    Ateh,

    Apa khabar? Lama sungguh akak tidak berjumpa dan mendengar kisah Ateh…

    PUSPANITA Cawangan Kecil SPA ingin mengadakan Program Motivasi untuk anak-anak staf Warga SPA terutama untuk pembentukan sikap anak-anak dalam menghadapi peperiksaan yang mereka bakal mereka hadapi kelak. Selain daripada itu dalam program ini akan turut diadakan penyampaian anugerah untuk anak-anak yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang telah mereka hadapi pada tahun 2010 dan 2011. Mereka juga akan diminta untuk berkongsi pengalaman mereka tentang kejayaan yang telah mereka lakari.

    Diharap Ateh dapat membantu akak dengan mengemelkan proposal dari pihak syarikat Ateh tentang tentatif program, modul yang akan digunakan dan jenis pakej yang ada serta sebutharga bagi program ini ke emel saya ruhayah@spa.gov.my atau chan@spa.gov.my atau nafisah@spa.gov.my atau shazwani@spa.gov.my. Program tersebut dicadangkan untuk diadakan pada 8 Jun 2012 (Hari Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang)di Aras 6, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Blok C7, Kompleks C, PUTRAJAYA.

    Komitmen dan kerjasama yang Ateh bakal berikan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian, wassalam.

    RUHAYAH BINTI ABU BAKAR
    Setiausaha
    Biro Pendidikan
    PUSPANITA Cawangan Kecil
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    Malaysia.

    No. Tel.: 03-8885 6219/014-7104456
    No. Faks: 03-88885039
    e-mel: ruhayah@spa.gov.my

Leave a Reply

Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Wireless Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Best CD Rates Online and Fat Burning Furnace Review