Kursus Intensif LUA: Law of Universal ATTRACT!ON!

Pernahkah anda alami…

Harapan tidak menjadi kenyataan?
Lain yang dipohon, lain yang diterima?
Lain yang diharap, lain yang berlaku?
Apa yang cuba dielakkan, itu yang bertandang?
Apa yang dibenci, itu pula yang sering datang?

Di mana silapnya?

Jawapannya ada dalam ilmu Law of Universal Attraction (LUA) insyaAllah.

MENJADI MAGNET KEJAYAAN, KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN

Memahami LUA bermaksud memahami Seni Berdu’a, kerana LUA adalah DU’A.

LUA berbeza dengan LOA (Law of Attraction) dari sudut spiritual, proses dan teknik-teknik zikir. Tarikan LUA lebih kuat kerana diperhalusi dengan konsep ubudiyyah dan amalan Asma’ul Husna.

Alhamdulillah, Attractive Learning & Consultancy dengan kerjasama Akademi Sinergi buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Kursus Intensif LUA: Law of Universal ATTRACT!ON!

Istimewa buat mereka yang ingin mencapai impian dan cita-cita dengan lebih MUDAH dan BERKESAN!

Objektif Program:

1. Memperkenalkan konsep kejayaan sebenar dan menjelaskan kenapa ada manusia yang masih gagal walaupun telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya
2. Menerangkan cabaran untuk berjaya dan bagaimana LUA membantu kita untuk menghadapinya dengan berkesan
3. Mempraktikkan langkah kesyukuran supaya mampu menjadi MAGNET Kejayaan Diri & Organisasi
4. Memahami proses penting dalam Law of Universal Attraction dan mengenali siapakah “The Universal Attractor”
5. Membezakan antara LUA dan LOA (Law of Attraction) yang dipopularkan oleh Barat
6. Memahami konsep bahagia yang sebenarnya dan bagaimana ia boleh bermula seawal hari ini

Apa yang Tuan Puan akan pelajari?

1. Bagaimana untuk menjadi MAGNET yang sentiasa menarik kejayaan dan kebahagiaan

2. Bagaimana untuk memutuskan getaran negatif yang boleh menarik perkara-perkara yang tidak diingini dalam kehidupan

3. Bagaimana untuk mempraktikkan proses berkesan dalam mencapai matlamat jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

4. Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terpesongnya aqidah akibat percaya dengan sebahagian ajaran LOA yang boleh membawa kepada syirik

5. Bagaimana untuk mengamalkan teknik-teknik berkesan dan praktikal dalam mencapai impian, cita-cita dan matlamat hidup.

BUTIRAN PROGRAM:

Tarikh: 31 Mac & 1 April 2012
Masa: 9 pagi – 4.30 petang
Lokasi: Puri Pujangga, UKM Bangi.

Pelaburan:
RM 350 (Early bird sebelum 15 Mac 2012)
RM 400 (Yuran asal selepas 15 Mac 2012)

Yuran meliputi makanan, fail khas dan sijil penyertaan.

Berminat?

Klik http://akademisinergi.com/index.php?option=com_content&view=article&id=203&Itemid=264 untuk mendaftar. Tuan Puan dianjurkan supaya daftar SEGERA kerana tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Encik Firdaus di 016-222 0782 atau hubungi talian 03-89203293.

Terima kasih

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Wireless Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Best CD Rates Online and Fat Burning Furnace Review