Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Segala puja dan puji bagiNya yang telah memberikan segala nikmat dan kekuatan hingga membolehkan saya menulis dan berkongsi sesuatu buat teman sekelian.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. Dengan berkat kasih sayang beliau, akhirnya Islam dan hidayah sampai kepada kita.
Saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya saya diberikan kekuatan dan kesempatan untuk mempunyai laman web sendiri. Perjalanan ini begitu bermakna kerana menulis adalah impian saya sejak dahulu lagi.
Saya berdoa agar tulisan saya mampu untuk menyentuh lebih banyak hati-hati manusia untuk lebih dekat dengan Allah, merasai kelembutan Kasih SayangNya, dan menemui hikmah dalam setiap nikmat dan musibah yang melanda.
Sebelum ini usaha dakwah ini hanya berlegar sekitar program-program yang saya kendalikan. Dengan adanya blog ini, saya berharap lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat daripada sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya.
Terima kasih kepada Tuan Fazla kerana membimbing saya dalam penghasilan blog ini. Terima kasih kepada Sifu training saya, Ustaz Jaafar Muhammad (Abu Faiz) dan Tuan Haji Mohd Najib Khairudin (Abi Asyraff). Tanpa kalian, tentu saya tidak berada sehingga ke tahap ini.
Terima kasih jua kepada lifecoach saya, Tuan Fazrul Ismail yang membawa misi hidup saya yang lebih jauh dan membahagiakan daripada misi saya sebelum ini. Jutaan penghargaan buat Kak Sofiyah Satuyah Rasin yang selalu memberi sokongan dan panduan dalam karier dan perjuangan dakwah saya. Juga, ucapan terima kasih buat Puan Ainon Mohd, Sifu penulisan saya yang sangat saya hormati.
Sekalung penghargaan juga kepada guru-guru dan rakan-rakan di Pusat Kaunseling MAINS, JHEAINS, YaPEIM, JAKIM, YADIM, NSSDC, TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Muslim Malaysia), Infitah Training & Consultancy, Dandara MURNI Training, Inkuas Smart Synergy (ISS) dan Hikmah Positive Training & Consultancy.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta program-program saya. Kehadiran kalian membuatkan hidup saya lebih berwarna dan bermakna. Terima kasih juga buat semua rakan-rakan maya dan Facebook saya
. Dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang tidak tersenarai tetapi sering mendoakan kejayaan saya. Mudah-mudahan kita bertemu jua suatu hari nanti, setidak-tidaknya di Syurga Allah swt.
Terima kasih kepada adik beradik saya yang banyak mencetus inspirasi hidup saya. Dan yang teristimewa buat Bonda Sarinam Manan dan Ayahanda Mohd Nopiah bin Meh yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Kasih sayang kalian menjadi pembakar obor semangat dalam diri ini.
“Ya Allah, suburkanlah kasih sayang dalam jiwa kami semua. Kami takkan mampu hidup tanpa kasih sayangMu Ya Allah. Perkenankanlah, kerana Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…”
Salam kasih dan sayang,
Ateh Zuhairi
Seremban,
27 Oktober 2010.


Posted in
Tags: 


Assalammualaikum Tuan,
Tahniah atas kelahiran blog ini. Saya doakan semoga perjuangan tuan dalam berkongsi ilmu menyentuh hati pembaca.
Teruskan perjuangan!
Salam.. Tahniah juga atas kelahiran blog ini..
sama-sama kita support…
Mantop! mabroook
Tahniah, dah ada blog domain sendiri…
Assalamualaikum warahmatullah.
Mabruk akh! fie amanillah wa barakatillah..
Alhamdulillah.. Tahniah Ateh dah ada web sendiri. Bertambahlah lagi medium dakwah Ateh kepada masyarakat
slm ateh…akhirnya jumpa juga sy dgn ateh dlm fb…alhmdlh bila sy baca artikel ateh skrng ateh semakin maju dlm kerjaya ateh…moga2 ateh doakn utk sy juga…sy cuma percaya dgn kata2 ateh biarlah di dunia ini ujian allh pd saya tidak terhingga namun sy berharap di akhirt nanti sy dpt hikmahnya…
teruskan usaha yang baik ini.. nak siarkan artikel dlm blog ini dlm web saya boleh? with credits to you. thank u
Boleh saja. Sharing is caring