Biodata penulis

Zuhairi Mohd Nopiah berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Drexel University, Philadelphia, Amerika Syarikat.  Beliau juga memiliki Sijil Pengajian Syariah, Usuluddin dan Al-Quran, Universiti Malaya (UM).

Pernah bertugas sebagai Pensyarah dan Ketua Eksekutif di beberapa Kolej di tanahair.  Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Profesional dan Korporat di Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan seperti program motivasi, kaunseling, pemantapan personaliti, team building dan bengkel pengurusan strategik.

Beliau merupakan NLP Practitioner di bawah National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP, U.S.A).  Dalam masa yang sama, beliau merupakan Trainer Bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Pertubuhan Perunding Latihan dan motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Sehingga hari ini, beliau telah mengendalikan lebih dari 7000 sesi latihan dan motivasi untuk pelbagai lapisan masyarakat.  Merupakan tetamu jemputan bagi Rancangan “Anak-Anak Kita” terbitan Radio Malaysia Negeri Sembilan.

Beliau kini mengetuai Pasukan Trainer Profesional di ATTRACT!ve Learning & Consultancy yang memperkenalkan pembangunan team building dan motivasi spiritual melalui modul LUA: Magnet Kejayaan Diri & Organisasi.

Berikut adalah antara peserta yang pernah mengikuti program beliau:

  • Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan
  • Para pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Yang Arif hakim dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
  • Kakitangan ibupejabat FELDA, Kuala Lumpur
  • Pegawai dan kakitangan Victor Buyck Steel Construction Sdn Bhd
  • Pegawai dan kakitangan MCIS Safety Glass Sdn Bhd
  • Majlis Kaunselor Pelajar Negeri Sembilan (MAKAPENS)
  • Guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Agama seluruh Negeri Sembilan
  • Pelajar-pelajar Universiti Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco)
  • Pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban (Pencapaian SPM Terbaik Malaysia 2009)
  • Pelajar Kolej Tunku Khursiah, Seremban
  • Pelajar Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor
  • Pelajar Kolej MARA Banting, Selangor
  • Pelajar Kolej Matrikulasi Kuala Pilah
  • Ibu-ibu tunggal dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  • Para pegawai dan kakitangan Pusat Zakat Melaka
  • Ahli Jawatankuasa Masjid-Masjid Seluruh Negeri Sembilan
  • Para pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
  • Penghulu-penghulu mukim seluruh Negeri Sembilan
  • Para pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium Malaysia seluruh Malaysia
  • Para Pegawai dan kakitangan Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya
  • Kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia di Semenanjung & Sabah Sarawak
  • Kakitangan Perbadanan Putrajaya
  • AJK tertinggi dan ahli PUSPANITA Kementerian Kewangan Malaysia
  • Para pegawai dan kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Pelatih-pelatih Pusat Serenti Jelebu, Negeri Sembilan
  • Banduan Penjara Seremban
  • Para pegawai dan kakitangan YaPEIM
  • Para pegawai & kakitangan JAKIM seluruh Malaysia
  • Jurutera dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM, Sintok)
  • Pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
  • Pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya
  • Pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Antara buku tulisan beliau ialah LUA: Magnet Kejayaan Diri & Organisasi (PTS Publications & Distributors Sdn Bhd).  Beliau boleh dihubungi di zuhairi.nopiah@gmail.com atau di talian 013-350 8809. Terima Kasih.

Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Wireless Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Best CD Rates Online and Fat Burning Furnace Review