Apa itu “Law of Attraction” (LOA)?

Law of Attraction atau Hukum Tarikan adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.

Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron.  Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu.   Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama.  Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.

Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:

Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya.  Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka Allah akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu.  Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya.

Bukankah ia sama dengan LOA? Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik.  Begitu juga sebaliknya.  Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana LOA adalah DOA.

Pentingnya mengetahui LOA

Kenapa saya sebutkan bahawa ilmu ini penting?  LOA merupakan asas untuk manusia berjaya di dunia dan akhirat kerana LOA adalah DOA.

Setiap insan ingin berjaya, dan setiap kita tidak boleh menyampaikan impian yang diingini kepada Tuhan tanpa berdoa.  Malah secara tidak sedar pun kita sentiasa berdoa kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan dan tindakan hamba-hambaNya.

Saya sangat yakin ilmu ini dapat membantu kita mengetahui rahsia kenapa sesetengah manusia begitu berjaya dalam hidupnya.  Sesetengah manusia pula kelihatan begitu sukar dalam mencapai impian masing-masing.

Tahukah anda bahawa 1% daripada manusia (orang kaya) meraih 96% daripada kekayaan dunia?  Kejayaan mereka bukanlah rahsia lagi.  Kita juga boleh mencapainya jika rajin belajar, bersikap terbuka, gigih mengamalkan ilmu yang ada dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Dalam usaha membantu rakan-rakan mencapai impian masing-masing, saya telah membuat kajian intensif tentang LOA.  Hasilnya, terciptalah Modul “LoUA: Rahsia Kejayaan dan Kebahagiaan”.  Modul dan program ini bukan sahaja memberi gambaran kepada anda tentang LOA.  Ia juga dirangka khas untuk membetulkan salah faham yang ada dalam ilmu LOA daripada Barat.

Sebagai contoh, ada di antara sarjana Barat yang menyatakan bahawa kita perlu meminta daripada alam kerana alam akan ‘mengabulkannya’.  Dalam program ini, kami menekankan bahawa segala hajat perlu dipohon hanya kepada Tuhan.  Dalam masa yang sama, alam perlu dihormati dan diuruskan mengikut cara Tuhan supaya pekerjaan kita diberkati dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Setelah memahami bahawa LUA adalah DO’A, kita sepatutnya menjadi insan yang sentiasa positif.  Walau apapun cabaran dan kesusahan yang menimpa, hadapi dengan tenang dan redha kerana kita sedar bahawa tindakbalas kita akan menentukan apa yang kita terima.

Saya berdoa agar Allah ikhlaskan hati saya berkongsi sesuatu yang bakal merubah hidup tuan puan.  Saya juga berdoa agar kita semua diberi hati yang bersih supaya dapat mengingat dan mengamalkan semua ilmu yang dipelajari hari ini.  Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan Menyempurnakan Hajat.

Salam kejayaan dan kebahagiaan!

You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Apa itu “Law of Attraction” (LOA)?”

  1. Atriza says:

    Akh.. Izin di kongsikan link ini ya? Boleh?? Kerana ramai sahabat ana masih belum jelas mengenainya. Moga bermanfaat..

    menantikan keizinan.

  2. azmin says:

    rindu pula saya ngan seminar ni…

  3. nor ashikin abdul hamid says:

    alhamdulillah..ditemukan dgn insan yg pny pengalaman yg luas ttg LOA..sbnarnya kt xdpt lari dr meneruskn khidupan yg mncabar ini..sbaliknya harus berdpn dgn sgl kemungkinan dgn sbr &tawakal kpd Allah..melihat ape yg ade k dlm diri ateh…seolah2 ketenangan itu akn hadir..ade tarikan trsndiri yg mmbuatkn org lain blh berfikir secara logik &rasional akn kbenaran ape yg di smpaikn…t.ksh krn berkongsi ilmu..

  4. admin says:

    Bukankah berkongsi itu tanda syukur? :)

  5. uzma hana says:

    Salam.Jazakallah khairan kasiro dengan perkongsian ilmu seumpama ini yang telah digarap dan dikaitkan dengan kekuasaan Allah SWT. Sebenarnya saya sudahpun mengetahui perkara ini melaui youtube law of attraction.saya mencari dan terus mencari makna dan mahu ‘islamic’kannya jika tiada orang yang mengusahakannya…Alahamdulillah rupanya sudah ada orang islam melakukanya terlebih dahulu. TAHNIAH DAN ALHAMDULILLAH…dengan perkongsian ini.Semoga usha murni anda ini diberkati Allah setiap masa.Ameen.

  6. [...] Sumber: Apa itu “Law of Attraction” (LOA)? [...]

Leave a Reply

Powered by WordPress | iCellPhoneDeals.com Offers Free Wireless Deals. | Thanks to Bestincellphones.com Verizon Cell Phones, Best CD Rates Online and Fat Burning Furnace Review