
Alhamdulillah, buku “Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan” tulisan saya dan Tuan Amin Idris (pengacara TV Al-Hijrah) telah dilancar dan dirasmikan di pentas utama Pesta Buku Kuala Lumpur 2012 pada 4 Mei 2012 yang lalu.
Upacara pelancaran diserikan lagi dengan Bicara tokoh yang bertajuk “Meraikan Insan, Memaknakan Kehidupan”. Tokoh yang terlibat sebagai ahli panel adalah Profesor Dr. Muhaya, Cikpuan Irma Hasmie, Bapak Parlindungan Marpaung dan saya sendiri.
Untuk Tuan Puan yang tidak berkesempatan mendapatkan buku ini di Pesta Buku, tempahan buku boleh dilakukan dengan menghantar emel kepada attract.malaysia@gmail.com. Mohon berikan butiran berikut:
Nama:
No telefon:
FB:
Alamat:
Butiran pembayaran: (tarikh, masa dan jumlah)
Harga buku setelah diskaun, kos penghantaran dan pengurusan cuma RM19 sahaja sebuah. Lazimnya, kos penghantaran akan berkurangan jika order melebihi 7 buah buku. Jika ia berlaku, pihak kami akan menghadiahkan buku / buku-buku tambahan sebagai tanda terima kasih daripada pihak kami.
Tuan puan juga boleh menjadikan buku ini sebagai hadiah kepada rakan-rakan serta keluarga. Saya yakin tuan puan ingin membuat pesanan secukupnya supaya ia menjadi hadiah paling bermakna untuk insan tersayang.
Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 555126109988 atas nama Attractive Learning & Consultancy. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tuan Izzudien di talian 017-258 9092.
Apa yang Tuan Puan akan perolehi dari buku ini?
1. Bagaimana untuk menjadi MAGNET yang sentiasa menarik kejayaan dan kebahagiaan
2. Bagaimana untuk memutuskan getaran negatif yang boleh menarik perkara-perkara yang tidak diingini dalam kehidupan
3. Bagaimana untuk mempraktikkan proses berkesan dalam mencapai matlamat jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
4. Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terpesongnya aqidah akibat percaya dengan sebahagian ajaran LOA yang boleh membawa kepada syirik
5. Bagaimana untuk mengamalkan teknik-teknik berkesan dan praktikal dalam mencapai impian, cita-cita dan matlamat hidup.
Berikut saya kongsikan testimoni menarik beberapa orang pembaca:
Buku ni sangat bagus untuk meningkatkan motivasi diri dan memberi kekuatan minda kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Sebagai seorang pensyarah dan penulis saya dapati penulis buku ini berjaya menulis dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh semua golongan pembaca.
Saya sendiri telah menghabiskan membacanya sebanyak dua kali. Pada pendapat saya untuk mendapat lebih pemahaman dan maksud tersurat dan tersirat dalam buku ini, pembaca perlu membacanya berulang kali agar mereka dapat menjiwai apa sebenar maksud dan informasi yang terdapat dalam buku ini.
Syabas saya ucapkan kepada penulis kerana telah menghasilkan sebuah buku yang dapat mengetuk pintu hati ramai pembaca untuk mendapat ilmu yang dikongsi dalam buku ini.
(Hariyati Ariffin)
Pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam,
Penulis ruangan MINDA di akhbar Harian Metro.Selepas mendapatkan buku ini, suami saya nampak teruja membaca dan terus membaca. Pelik juga kerana sepanjang pengetahuan saya membaca bukan hobi suami saya. Apabila ditanya, dia jawab bahasa yang diguna pakai dalam buku ini amat mudah untuk difahami dan memang dia benar-benar faham apa yg penulis sendiri hendak sampaikan.
Bagi saya buku ini adalah hasil ilham yg begitu padat dengan infonya. Saya sendiri mengamalkan LUA untuk diri dan anak-anak dalam kehidupan seharian..alhamdulillah hasilnya memang MENAKJUBKAN!!!
Terima kasih Tuan Zuhairi Nopiah dan Tuan Amin Idris. Moga Allah merahmati hidup kalian!”
(Puan Nor Ashikin Abdul Hamid)
Guru
shikin4372@yahoo.com
Terima kasih atas sokongan semua. Moga Allah memberkati hidup kita dengan ilmu yang bermanfaat, seperti hadis Nabi s.a.w:
“Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga.” [H.R. Muslim: 4/2074 no:2699]
Salam hormat,
Zuhairi Nopiah (Ateh)
www.zuhairinopiah.com
Ps: Buku yang dipos akan ditandatangani oleh penulis, melainkan Tuan Puan berkehendakkan sebaliknya. Terima kasih

Posted in 


[...] Setakat ini sahaja testimonial setelah mula mengamalkan LUA. InsyaAllah, lebih banyak perkara LUAr biasa berlaku untuk masa akan datang as long diamalkan secara berterusan. InsyaAllah kejayaan pasti datang pada kita. Anda juga disarankan beli buku LUA di SINI. [...]
[...] dan Tuan Zuhairi adalah salah seorang yang berjaya terutamanya kerana beliau adalah penulis buku Law of Universal Attraction. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang di samping mengisi hujung minggu dengan perkara yang LUAr [...]
[...] disangka-sangka dapat bersama dengan penulis yang terkenal di samping beliau merupakan penulis buku Law of Universal Attraction yang merupakan ilmu yang saya sangat minati. Terima kasih Allah. I Love You [...]
[...] 1. Klik pada link berikut: Buku “Law of Universal Attraction, Magnet Kebahagiaan” [...]
salam, boleh beli lagi ke buku ni? kat bookcafe dah out of stock.