Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya’ sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa).
Begitu juga berdo’a kepada Allah s.w.t . Ada waktu-waktu mustajab do’a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t. Menurut Ibn Atha’, do’a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap do’a itu ialah berdo’a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.
Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a ialah :
1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).
2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.
17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”
18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)
19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)
21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.
22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

Posted in
Tags: 


syukran ateh atas perkongsian.
Alhamdulillah,
Terima kasih atas perkongsian ini tuan.
Teringat saya semasa mendengar radio IKIM suatu masa
dahulu. Ustaz yang berkongsi maklumat dengan pendengar itu
menerangkan tentang berdoa secara smart, yakni berdoa pada
waktu-waktu yang mustajab ini.
Terima kasih.
salam saudara yg mulia,
alhamdulillah, syukran atas info do’a yg amat bermanfaat ini. mohon jika tidak keberatan agar dapat memasukkan fungsi share utk FB. sila jelaskan makna NIFERITI. moga dipermudahkanNya usaha murni saudara ini, Insya Allah amin 99x
baik dan usaha yang murni untuk kebaikan manusia sejagat….teruskan usaha ini insyallah…ada kebaikan dan rahsianya
assalam, terima kasih atas artikelnya. suka baca sebab saya baru sahaja mengamalkan hukum tarikan sebulan yang lalu. alhamdulillah byk perubahan yg blaku